Setiausaha politik Menteri Besar Kedah nafi letak jawatan

0
218
Advertisement



ALOR SETAR: Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menafikan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menyatakan bahawa dakwaan itu adalah tidak berasas, beliau berkata ia hanya direka oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan suasana politik di Kedah yang kini dipimpin dengan begitu baik oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Tidak benar dakwaan tersebut. Ianya hanya dibuat untuk mengeruhkan keadaan dan menganggu fokus BN (Barisan Nasional) Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata tuduhan liar melalui media sosial ketika ini sudah menjadi perkara biasa dan harus ditelan oleh mereka yang bergelar ahli politiik.

“Hubungan saya dengan MB amat baik dan dia umpama abah saya. Beliau juga tidak lari dari viral seperti ini dan perkara ini sudah menjadi asam garam dalam berpolitik,” katanya.

Shaiful Hazizy dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Sulit (KSS) Menteri Besar, Datuk Arminshah Siraj pada Khamis lalu.

Antara faktor beliau meletak jawatan ialah kononnya Shaiful tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan kerana dibayangi KSS

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here