Setinggan, dewan terbiar cacatkan pemandangan

0
184
Advertisement



Kuala Lumpur: Di sebalik pembangunan pesat di sekitar Jalan Cheras dan Jalan Lombong masih terdapat rumah setinggan dan dewan terbiar yang belum dilupuskan, sekali gus mencacatkan pemandangan bandar raya.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat juga longgokan sampah-sarap di situ, bukan saja menyebabkan bau busuk, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Pengerusi rumah berhala Wong Loo Sen See Chee Choong, yang terletak kurang 100 meter dari kawasan terbiar itu, How Joon Wai berkata situasi itu menjejaskan imej tokong berkenaan yang menjadi tempat tarikan pelancong.

“Setiap hari ramai pelancong asing yang datang ke sini (tokong) kerana ia terletak kurang 10 kilometer dari KLCC dan hanya 200 meter dari Sunway Velocity Mall, jadi amat memalukan bila mereka datang dan melihat persekitaran yang buruk seperti ini.

“Walaupun kami memelihara kebersihan dan kecantikan tokong, tidak ada gunanya jika keadaan di luar tokong pula sebaliknya, orang yang datang untuk beribadat juga boleh terganggu,” katanya.

Suri rumah Wong Siew Len, 78, berkata bau busuk yang datang dari longgokan sampah menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan untuk dia serta keluarganya menjalankan aktiviti harian.

“Longgokan sampah ini betul-betul diletakkan di hadapan rumah saya, jadi kami sekeluarga terpaksa tinggal dalam bau busuk yang memualkan setiap hari,” katanya.

Helen Wong, 70, pula berkata dewan terbiar di kawasan itu turut mengundang rasa bimbang berikutan struktur bangunan yang tidak kukuh dan reput boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here