Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Kristal di WEF

0
345
Advertisement
DAVOS: Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini telah mengumumkan tiga pemenang bagi Anugerah Tahunan Kristal yang ke-24 iaitu pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett, penyanyi dan komposer dari UK, Elton John dan pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan di atas kejayaan artis-artis terkemuka itu yang menjadi ikon kepada semua pemimpin masyarakat. Para penerima anugerah akan diberi penghormatan pada sesi pembukaan WEF di Davos-Klosters, Switzerland, 22 Jan nanti.

“Kami dengan besar hati mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah Tahunan Kristal yang ke-24. Komitmen mereka dalam mengangkat isu kemanusiaan telah memberi inspirasi kepada kita semua, rasa ihsan sebegini sangat diperlukan kita dalam setiap perkara,” Hilde Schwab berkata selaku Pengerusi dan Pengasas WEF, yang bakal menyampaikan anugerah tersebut.

PENERIMA ANUGERAH

Cate Blanchett: kepimpinan beliau dalam meningkat kesedaran isu pelarian

Cate Blanchett
Blanchett merupakan pelakon terkenal antarabangsa dan juga terkenal dalam bidang pengarahan pementasan dan skrin. Pada 2016, beliau dilantik sebagai duta kepada Global Goodwill United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di atas komitmen beliau dalam menyatakan pandangan, meningkatkan kesedaran malah menyumbang kepada pengumpulan dana untuk pelarian. Antara kem pelarian yang telah beliau kunjungi seperti Lebanon, Jordan, dan termasuk tanah airnya, Australia. Beliau berjaya meningkatkan kesatuan dan tanggungjawab bersama bagi membantu kira-kira 65 juta orang yang tidak mempunyai rumah di seluruh dunia. Tambahan pula, Blanchett juga telah menggunakan kreativitinya bagi memberikan fokus berkaitan isu-isu kemanusiaan.

Blanchette berkata, “Sebagai duta Goodwill UNHCR, tugas saya mudah: untuk membantu mereka yang terpaksa menjadi pelarian dan untuk menyatakan pendirian kita terhadap isu pelarian.”

Sir Elton John: kepimpinan beliau dalam membanteras HIV/AIDS

Sir Elton John
Sir Elton John ialah antara pemuzik solo yang paling berjaya di dunia, dengan kerjaya beliau mencecah hampir 50 tahun. Dengan 35 emas dan 25 album platinum, beliau telah berjaya menjual lebih 250 juta di seluruh dunia. Pada 1992, beliau menubuhkan Elton John AIDS Foundation (EJAF), yang sehingga hari ini menjadi salah sebuah organisasi HIV/AIDS yang terkemuka. EJAF telah menyumbang lebih dariĀ  US$400 juta (RM1.57 bilion) untuk menampung ratusan rawatan, perkhidmatan dan program HID/AIDS di seluruh dunia. Pada 1998, Ratu Elizabeth menamakan Sir Elton John, Pahlawan Empayar British disebabkan khidmat beliau dalam muzik dan sumbangan amal. Baru-baru ini, John menerima Anugerah Humanitarian Peter J. Gomes Yayasan Harvard.

John berkata: “AIDS menjadi punca utama kematian wanita mengandung, namun ubat dan cara penyembuhannya masih belum lagi dijumpai. Jika kita mahu melihat masa depan yang cerah, masalah ini harus kita atasi segera mungkin. Apa yang penting ialah keikhlasan kita.”

Shah Rukh Khan: kepimpinan dalam mengangkat hak kanak-kanak dan wanita di India

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan merupakan seorang pelakon Bollywood terkenal yang sering kali menjadi watak utama di dalam dunia perfileman India selama lebih 30 tahun. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Meer iaitu sebuah yayasan yang memberi sumbangan kepada mangsa serangan asid sesiapa yang cedera akibat terbakar, khususnya golongan wanita. Antara sumbangan yang diberikan termasuklah rawatan perubatan, bantuan guaman, latihan vokasional dan bantuan tempat tinggal. Artis terkemuka ini juga menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak dan memberikan bantuan rawatan percuma kepada kanak-kanak yang mengidapĀ  penyakit kanser.

Katanya: “Saya sendiri telah berkesempatan untuk menemui mangsa-mangsa serangan asid. Saya telah menyaksikan bagaimana sebuah kebaikan telah menjadi sebuah kuasa luar biasa yang membantu untuk menyembuhkan sebuah luka.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here