Shah Rukh Khan sempat minta 'selfie' semasa terima Anugerah Kristal di WEF

0
21
Advertisement

DAVOS: Pelakon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Tahunan Kristal yang ke-24 semasa sesi pembukaan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos-Klosters, Switzerland.

Anugerah tersebut turut diberi kepada pelakon Hollywood, Cate Blanchett dan penyanyi serta komposer dari United Kingdom, Elton John atas sumbangan dan komitmen mereka untuk menambahbaik kehidupan masyarakat dunia.

BACA: Shah Rukh Khan antara penerima Anugerah Kristal di WEF

Shah Rukh Khan dalam ucapannya berkata, beliau berbangga apabila dipilih sebagai penerima anugerah bersama dua artis terkemuka yang menjadi ikon kepada masyarakat.

“Cate Blanchett merupakan wanita yang mampu mempengaruhi masyarakat dengan imejnya, dan Sir Elton John mampu mempengaruhi masyarakat dengan karya muziknya, termasuk saya sendiri,” ujarnya.

Sebelum menghabiskan ucapannya, Shah Rukh Khan sempat berseloroh untuk berselfie bersama pelakon cantik, Cate Blanchett.

Tindakan Shah Rukh Khan disambut dengan gelak tawa oleh penonton dalam dewan.

Shah Rukh Khan diberi penghargaan atas sifat kepimpinannya dalam mengangkat hak kanak-kanak dan wanita di India.

Beliau merupakan pengasas Yayasan Meer iaitu sebuah yayasan yang memberi sumbangan kepada mangsa serangan asid sesiapa yang cedera akibat terbakar, khususnya golongan wanita.

BACA: WEF2018: Hutang ekonomi dunia menggunung, perlukah Malaysia bimbang?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here