Shahir hadiahkan single selepas Aidilfitri

0
48


SHAHIR Zawawi.

KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi, mengatur strategi menawan semula dunia muzik dengan projek rakaman single terbaharu, yang dijangka bermula selepas Aidilfitri.

Shahir yang baru-baru ini mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres jelita, Erra Fazira, memberitahu masanya sudah tiba untuk beliau kembali aktif.

“Untuk pengetahuan peminat, saya akan muncul dalam program televisyen (TV) selepas Aidilfitri kelak. Namun, buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan butirannya.

“Saya juga akan memulakan proses rakaman single baharu, tidak lama lagi. Disebabkan kesuntukan masa dan kita menyambut Ramadan, usaha menerbitkan lagu baharu hanya dapat dibuat selepas Aidilfitri,” katanya kepada BH Online.

Shahir mengaku sepanjang ‘kehilangannya’, beliau rindu untuk menyanyi.

Namun, katanya. dia tidak dapat membahagikan masa antara perniagaan di kampung hingga terpaksa ‘berundur’ seketika.

“Urusan seni banyak di Kuala Lumpur. Jika saya aktif menyanyi dan pada masa sama menguruskan perniagaan, saya bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik.

“Namun, sekarang adalah masa untuk saya kembali serius dalam bidang nyanyian selepas urusan perniagaan stabil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here