Shahrul Azlan CEO baharu Great Eastern Takaful

0
57
Advertisement

KUALA LUMPUR: Great Eastern Takaful Bhd melantik Shahrul Azlan Shahriman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan, Great Eastern Takaful berkata sebelum menyertai syarikat ini, Shahrul Azlan merupakan Ketua Pegawai Pengedaran di Prudential BSN Takaful Bhd, dengan pengalaman dalam pengedaran pelbagai saluran di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk perbankan dan insurans/takaful.

Pengerusi Great Eastern Takaful, Datuk Kamaruddin Taib berkata Shahrul Azlan merupakan individu terbaik untuk memacu pertumbuhan syarikat berdasarkan pengalaman luas beliau, rekod prestasi yang baik dalam perniagaan dan kepimpinan yang kukuh.

“Saya mengalu-alukan Shahrul Azlan dalam pasukan ini. Dengan kadar penembusan takaful yang agak rendah di Malaysia, terdapat potensi besar bagi Great Eastern Takaful untuk memberi perkhidmatan dalam pasaran insurans Islam yang berkembang pesat di negara ini.

“Dengan saluran pengedaran kami yang kukuh, diterajui oleh agensi profesional kami dan kerjasama bancatakaful kami dengan rakan bank kami, kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus memberi penyelesaian kewangan dan perlindungan yang inovatif serta perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada masyarakat,” katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here