Shamsiah Yunos dilantik Gabenor BNM baharu? – Laporan

0
478
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dijangka akan kembali ke bank pusat sebagai Gabenor yang ke-9.

Perkara ini dilaporkan oleh Bloomberg yang memetik jurucakap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak didedahkan.

Shamsiah bakal menggantikan bekas Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 6 Jun lalu, lapor portal itu.

Shamsiah berkhidmat di BNM selama tiga dekad, sebelum meninggalkan bank pusat berkenaan pada November 2016.

Beliau terlibat dalam siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelbagai langkah pengukuhan sistem kewangan negara, khasnya pasca krisis kewangan Asia 1997-1998.

Muhammad yang meninggalkan BNM hanya dua tahun memasuki kontrak lima tahunnya berkata, keputusan itu diambil antara lain, untuk melindungi imej dan reputasi bank pusat.

Jurucakap Kementerian Kewangan (MOF) berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan sama ada oleh kementerian tersebut atau Pejabat Perdana Menteri dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here