Sharifah Amani kongsi foto pernikahan Cristina Suzanne

0
488
Advertisement

KUALA LUMPUR : Kecoh di platform media sosial apabila Cristina Suzanne mengejutkan peminatnya dengan pengumuman bahawa beliau telah bernikah dengan pasangan pilihannya pada 31 Mac lalu.

Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 33 tahun, selamat diijab kabulkan dengan M Faiz Zakaria.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Sementara itu, rakan baik Cristina yang juga seorang pelakon, Sharifah Amani turut berkongsi foto majlis pernikahan itu menerusi IG miliknya pada Khamis.

Amani turut berkongsi foto bersama satu kumpulan yang diberi gelaran The Sonias terdiri daripada rakan baik mereka seperti Sherry Alhadad, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.

Terdahulu, berita pernikahan Cristina mula tular apabila pemilik akaun IG Siti Fiaza Amira memuat naik foto ketika majlis berinai dan majlis pernikahan dua mempelai itu berlansung.

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Cristina dan pasangannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here