Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama

0
26

KEGEMBIRAAN berganda buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai.

Kedua-dua bayi lelaki kembarnya dilahirkan isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos secara normal.

Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya semalam.
 

“Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.

“Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi,” tulis Sheikh Muszaphar.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu mempunyai dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here