Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini

0
73
Advertisement

SELEPAS dua tahun, band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.

Sheila On 7 yang dianggotai oleh Duta, Erros, Adam dan Brian akan mempersembahkan 15 buah lagu termasuk single terbaharu Film Favorit.

“Semua sudah siap dan kami bersedia. Susunan muzik, mental dan fizikal juga berada dalam keadaan baik.

“Dalam durasi lebih dua jam nanti konsert ini pasti lebih istimewa kerana pendekatan yang kami tampilkan berbeza daripada dua tahun lalu.

“Soal gimik pula nantikan sahaja malam nati. Apa yang boleh kami cakap, persembahan kali ini lebih matang,” kata Duta.

Band berusia 22 tahun itu bakal menampilkan pemuzik baharu yang pernah bekerjasama dalam beberapa buah album sebelum ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 03-8605 0195/012 256 0082.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here