Sheila On 7 pukau penonton dengan persembahan magis di konsert

0
455
Advertisement
KUALA LUMPUR: Band terkenal Indonesia, Sheila On 7, memukau penonton malam ini dengan persembahan magis mereka yang menggegarkan pentas konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di StarXpo Center, KWC Fashion Mall, di sini.

Lagu Hari Bersamanya membuka tirai pentas persembahan kumpulan dari negara sebarang ini sebagai simbolik bertemu dengan peminat mereka di negara ini.

Antara persembahan lain yang turut memukau penonton di dewan malam ini adalah persembahan lagu hit mereka iaitu Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi.

Bukan itu sahaja, peminat mereka turut ikut serta menyanyi bersama kumpulan ini terutamanya apabila Sheila On 7 mendendangkan lagu rancak seperti Seberapa Pantas dan Pria Kesepian.

Sheila On 7 yang dianggotai Duta, Erros, Adam dan Brian mempersembahkan 15 buah lagu termasuk single terbaharu Film Favorit.

Peminat SO7 turut ikut serta menyanyi bersama kumpulan ini terutamanya apabila mereka mendendangkan lagu rancak seperti Seberapa Pantas dan Pria Kesepian. Astro AWANI

Dalam pada itu, Duta bagi pihak Sheila On 7 berterima kasih kepada para peminat mereka yang hadir bukan sahaja dari negara ini malah dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Mereka berharap para peminat di negara ini terus menyokong karier muzik mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here