Shila Amzah bertunang, rancang langsung perkahwinan tahun depan

0
34

PENYANYI terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati pada Jumaat.

Artis berusia 27 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Haris Idraki, 28, di kediaman keluarga Shila di Cheras, semalam, lapor The Star.

Haris kini bekerja di sektor kewangan di kota London selain pernah menjadi wartawan.

Khabar angin tentang pertunangan Shila bertiup kencang di media sosial apabila artis yang mencipta nama di negara China itu memuat naik gambar-gambar di Instagram.

Pasangan Shila dan Haris dilapor bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here