Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar FM

0
7

PENYAMPAI Radio Sinar FM, Shuib tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri dari stesen radio berkenaan.
 
Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.
 
“Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini… Sinar FM selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini.
 
“Selepas dua tahun berada di Sinar FM bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.
 
“Saya sayang Sinar FM, di beri peluang menjadi penyampai radio di sini untuk segmen pagi, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya.
 
“Tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar FM,” katanya.
 

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar FM melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas terpampang wajah sedih Jep dan Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.
 
Video itu juga turut merakamkan rakaman suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.
 

Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi Sarah Raisuddin yang sedang sakit.
 
Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba. BACA: AKIBAT TEKANAN DARAH RENDAH, SITI SARAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL
 
Foto: IG Shuib / Facebook SINAR.FM
 
Teks oleh: Mya Amri
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here