Si Jepun juara!

0
353
Advertisement



JAKARTA: Jaguh badminton Jepun, Kento Momota memenangi gelaran Terbuka Indonesia buat kali kedua, selepas menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen, dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di sini, semalam.

Pemain berusia 23 tahun itu mengorak langkah awal selepas mendahului 11-1, pada set pertama perlawanan, sebelum mengakhirinya dengan kutipan mata 21-14 dan  21-9 berikutan banyak kesilapan mudah dilakukan oleh pemain Denmark terbabit.

Momota yang pernah menang gangsa pada Terbuka Indonesia 2015, dipalit kontroversi selepas digantung selama 12 bulan oleh Persatuan Badminton Jepun selepas didapati berjudi di kelab judi haram lebih setahun lalu.

Ini adalah gelaran besar pertama dimenangi Momota selepas dia kembali bergiat aktif dalam sukan badminton, mulai tahun lalu.

“Kemenangan ini amat bermakna bagi saya menjelang Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tidak lama lagi,” kata Momota ketika ditemui wartawan selepas memenangi kejohanan terbabit.

Axelsen yang juga pemain nombor satu dunia juga memuji aksi kesungguhan dan kecemerlangan ditunjukkan Momota dan menyifatkan lawannya itu lebih berhak menang perlawanan berkenaan berbanding dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here