Sia-sia bincang isu Laut China Selatan dengan China: Duterte

0
63


PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte. – Foto Reuters

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini berkata adalah sia-sia membincangkan aktiviti Beijing di Laut China Selatan pada Sidang Kemuncak Asia Tenggara (ASEAN) minggu ini kerana tiada siapa berani memberi tekanan kepada China.

Bekas datuk bandar yang terkenal lantang itu menempelak soalan pemberita mengenai sama ada penambakan terumbu yang semakin giat dijalankan China di pulau tidak didiami atau penguatkuasaan ketetapan majlis timbang tara antarabangsa tahun lalu akan dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin ASEAN, Sabtu ini.

“Siapa yang berani memberi tekanan? Siapa yang boleh memberi tekanan kepada China? Kita?,” katanya.

Ditanya bagaimana ASEAN harus berurusan dengan China, Duterte berkata dialog adalah satu-satunya pilihan.

Filipina menjadi tuan rumah mesyuarat ASEAN tahun ini. Blok itu akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut berbanding biasa berhubung pertikaian Laut China Selatan dan tidak akan menyentuh rujukan seperti aktiviti ketenteraan atau membangunkan pulau, menurut draf kenyataan pengerusi.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan yang kaya dengan sumber dan menjadi laluan dagangan bernilai AS$5 trilion (RM21.7 trilion) setiap tahun.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut membuat tuntutan. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here