Siap siaga berdepan militan

0
66



Shah Alam: Pelbagai agensi keselamatan di negara ini bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman keganasan pada Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata, pihaknya mewujudkan pasukan khas bagi melihat sebarang kemungkinan yang berpotensi berlaku.

“Melihat tindakan pengganas sejak kebelakangan ini, kami bimbang jika ada perkara tidak diingini berlaku.

“Langkah keselamatan diambil bagi membanteras dan kami bersiap siaga jika ada ancaman keganasan melalui penubuhan pasukan petugas disertai pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Rela dan lain-lain,” katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk Patriotik Negaraku dan Kedaulatan Negara, di sini, semalam.

Seramai 650 pelajar terdiri daripada badan beruniform Universiti Teknologi MARA hadir dalam syarahan itu yang dianjurkan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi bagi menekankan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, latihan bagi menghadapi ancaman dijalankan dengan diketuai PDRM.

“Kami juga mengenal pasti beberapa lokasi tarikan atau tumpuan meletakkan pihak keselamatan di tempat terbabit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here