Siapa kata Spice Girls akan adakan konsert jelajah dunia? – Victoria Beckham

0
74
Advertisement

BARU sahaja minggu lalu kumpulan pop terkemuka Spice Girls mengirimkan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan reunion mereka.

Namun, semalam, salah seorang anggota kumpulan itu Victoria Beckham menafikan khabar yang mereka akan mengadakan konsert jelajah berkenaan.

Dalam temu ramah bersama majalah Vogue, Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja, dan mereka tidak akan menjelajah dunia untuk mengadakan konsert serta bertemu peminat.

“Siapa kata kami akan mengadakan konsert jelajah? Itu tiada langsung dalam perancangan.

“Seronok dapat berjumpa mereka (anggota Spice Girls) kembali. Kami bercakap tentang banyak idea tentang masa depan Spice Girls, tapi buat masa ini semua itu hanya idea.

“Antara idea yang kami fikirkan menarik adalah menubuhkan satu syarikat rakaman dan kumpulan wanita yang boleh meneruskan legasi Spice Girls.

“Dunia saya kini adalah (rekaan) fesyen. Itu tugas saya,” kata Victoria.

Kenyataan Victoria itu bercanggah dengan laporan banyak media antarabangsa yang kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Minggu lalu, Victoria memuat naik sekeping gambar dia bersama empat lagi anggota Spice Girls – Emma Bunton, Geri Horner, Mel C dan Mel B di akaun Instagramnya.

Media United Kingdom kemudian melaporkan pengasas Pop Idol, Simon Fuller, mengesahkan kesemua anggota asal kumpulan muzik wanita paling berjaya itu akan kembali bersatu untuk satu projek reunion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here