'Siapa Pemain Lelaki Terbaik FIFA'

0
375
Advertisement



BINTANG Perancis di Piala Dunia Kylian Mbappe menyertai muka lama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam senarai pendek anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA, umum badan induk itu hari ini.

Ronaldo yang memenangi anugerah itu buat dua tahun terakhir membantu Real menjulang gelaran Liga Juara-Juara ketiga berturut-turut sebelum berpindah ke Juventus.

Penyerang Argentina Messi mengungguli senarai penjaring terbanyak dengan 34 gol untuk membantu Barcelona menjulang gelaran La Liga ketiga dalam tempoh empat musim.

Mbappe, 19, pula meraih tiga gelaran domestik bersama Paris Saint Germain sebelum mempamerkan aksi cemerlang pada kempen Piala Dunia untuk muncul juara bersama Perancis.

Dia menjadi pemain remaja kedua selepas Pele menjaringkan gol pada final Piala Dunia ketika Perancis menewaskan Croatia 4-2 untuk menjulang gelaran kedua mereka selepas 20 tahun.

Mbappe disertai rakan senegara  Antoine Griezmann dan Raphael Varane dalam senarai pendek membabitkan 10 pemain.

Sementara itu, jurulatih Perancis Didier Deschamps dan bekas jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane mendahului senarai calon anugerah jurulatih lelaki tahunan.

Turut tersenarai ialah pengurus England Gareth Southgate yang membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

Tiga finalis untuk setiap anugerah akan diumumkan kemudian dengan pemenang akan diumumkan dalam satu majlis di London pada 24 September ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here