Siasat dakwaan polis terima rasuah [METROTV]

0
40



Ipoh: Polis Perak akan menyiasat dakwaan anggota polis trafik menerima suapan susulan video berhubung isu integriti anggota berkenaan menjadi tular di media sosial sejak kelmarin.

Dalam rakaman video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik bersalaman dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu terbabit.

“Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti anggota polis dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota itu jika didapati melanggar peraturan tugas,” katanya. dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, usaha mengenal pasti lokasi sebenar dan anggota yang terbabit dalam kejadian itu masih dalam siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here