Sikap sambil lewa punca kalah

0
139
Advertisement



KOTA BHARU: Sikap sambil lewa sambil menganggap mudah kedudukan tercorot lawan menghukum pasukan Selangor dengan kekalahan 2-1 berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Mengakui perkara itu, penolong jurulatih Selangor, Rusdi Suparman berkata pihaknya mengakui kekalahan terbabit berpunca daripada sikap ambil mudah pemain ketika berdepan pasukan yang kini bergelut dengan prestasi serta kedudukan.

Malah katanya, kekalahan itu berlaku bukan kerana kejatuhan motivasi pasukan selepas tewas dalam perlawanan akhir Piala FA berdepan Pahang, Sabtu lalu.

“Kemungkinan kita mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Kelantan dan itulah padahnya jika pada sesuatu perlawanan kita tidak ambil serius,” kata Rusdi.

“(Jadi) tidak timbul soal motivasi pemain sudah turun selepas tewas pada Pahang di final (perlawanan akhir) cuma sikap pemain kita ambil mudah dan mereka tahu Kelantan di bawah menyebabkan kita alami kekalahan ini.”

Beraksi di tempat lawan, Selangor yang menghuni kedudukan kelapan Liga Super gagal memikat hati penyokong mereka apabila dihukum oleh The Red Warriors (TRW) yang kini dahaga mata kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.

Dalam perlawanan semalam, kelibat penyerang Selangor, Rufino Segovia turut sama dilihat gagal menemui sentuhan berbisanya seperti dalam beberapa perlawanannya sebelum ini.

Mengulas mengenainya, Rusdi berkata sentuhan yang ada pada pemain terbabit gagal diterjemahkan dalam perlawanan itu sehingga menyebabkan pasukannya buntu untuk mendapatkan gol.

“Setiap pemain, ada ketika mempunyai sentuhan sempurna dan seperti sedia maklum kita baru melalui perlawanan besar dalam waktu singkat, sementara Kelantan mempunyai banyak masa untuk rehat.

“Kemungkinan Kelantan mengambil kesempatan ketika pemain kita masih belum mendapat rehat secukupnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here