Sim Kheng Boon CEO pertama DBOS

0
29

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak sebentar tadi mengumumkan pelantikan Sim Kheng Boon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Development Bank Berhad (DBOS) yang pertama.

Pelantikan Kheng Boon, 62 tahun disokong sebulat suara oleh Lembaga Pengarah DBOS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Ahli lembaga lain termasuklah Sharkawi Alis, Christopher Adrian dan pemangku Setiausaha Kewangan Negeri, Datu Laura Lee Ngien Hion.

Syarikat yang diumumkan penubuhannya pada 1 Ogos lalu itu akan memulakan operasinya pada 1 Januari depan.

Kheng Boon yang merupakan anak Sarawak adalah pemegang Ijazah Perdagangan daripada University of Windsor, Ontario, Kanada. Beliau juga merupakan ahli bersekutu Asian Institute of Chartered Banker.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri kewangan, beliau amat dikenali kerana pengalaman dan kebolehan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Malaysia Timur Kenanga Investment Bank Berhad dari tahun 2012 hingga 2015, selain berkhidmat dengan  with AmBank AmInvestment Bank Berhad untuk lebih 30 tahun.

Jawatan terakhirnya di bank tersebut adalah sebagai Pengarah Wilayah Sarawak, dan mula menyertai AmInvestment Bank pada 1983.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Zecon Berhad sebelum bersara baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here