Sinar baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh

0
22
Advertisement

COX’S BAZAR: Lebih 9,000 pelarian Rohingya yang tinggal di kawasan sempadan yang terpencil di Bangladesh sejak beberapa bulan lalu telah dipindahkan oleh agensi kemanusiaan bagi membolehkan mereka mendapat akses bantuan dan perkhidmatan asas dengan mudah.

Kebanyakan mereka dipindahkan dengan bas ke kem Balukhali, di mana kesemua mereka akan menerima pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, mereka juga akan diberi bantuan perlindungan, makanan panas serta biskut tenaga dari Program Makanan Dunia (WFP) dan kumpulan bantuan kemanusiaan lain.

WFP pada masa sama turut menyediakan kesemua keluarga ini dengan barang bantuan kecemasan dan kit perlindungan.

Awal minggu ini Bangladesh dan Myanmar bersetuju untuk cuba menyelesaikan masalah melibatkan ratusan ribu pelarian Rohingya yang beragama Islam yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dalam tempoh dua tahun.

Pihak berkuasa Myanmar juga sudah merancang untuk memulakan proses penghantaran balik bermula Selasa depan.

Media melaporkan kem yang sedang dibina akan mampu menampung kira-kira 30,000 orang di 625 bangunan dan sekurang-kurangnya 100 bangunan akan akan siap dibina menjelang akhir bulan ini.

Ia akan menjadi kem pertama yang dibina sementara menunggu proses penghantaran balik kesemua pelarian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here