Singapura sebahagian daripada Malaysia?

0
131
Advertisement



Singapura: Jabatan Negara Amerika Syarikat membuat kesilapan dalam kenyataan di laman webnya mengenai persidangan Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un apabila menyebut Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia.

Dalam kenyataan semalam, Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo, menyatakan pertemuan Trump-Jong-un akan berlangsung ‘di sebuah hotel di ‘Singapura, Malaysia.’

Singapura menjadi negara sendiri selepas keluar dari Malaysia pada 1960-an.

Kesilapan itu kemudiannya segera diperbetulkan selepas ia mula tular namun tetap mendapat kecaman netizen dengan seorang pengguna Facebook menyuarakan kekesalannya: “Kepada rakyat biasa Amerika, dunia adalah Amerika.”

Seorang pengulas menulis bahawa kenyataan itu ‘sudah pasti memberi kekecewaan mendalam kepada Singapura dan rakyatnya’.

Ada rakyat Malaysia menulis dengan nada merah di Facebook bahawa tidak seharusnya berlaku kecelaruan kerana Malaysia ‘lebih terkenal’ berbanding republik itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here