Sisi botak rambut Trump terdedah, ramai pertikai keaslian rambutnya

0
109
Advertisement

SAN ANTONIO: Isu keaslian rambut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kembali viral apabila sebuah video yang dimuat naik baru-baru ini jelas menunjukkan kulit kepala beliau.

Ia menyebabkan orang ramai kembali tertanya-tanya sama ada rambut Trump semula jadi atau sebaliknya.

Dalam satu video yang dimuat naik pada Isnin di Youtube, keaslian rambut Trump menjadi tanda tanya apabila rambutnya ‘terselak’ akibat angin kuat ketika meniti tangga menuju masuk ke pesawat Air Force One.

Ekoran itu sebahagian besar kulit kepalanya terdedah.

Video itu sebenarnya dirakamkan pada Jumaat, tetapi ditweet semula oleh seorang penulis dari Huffington Post, Ashley Fienberg pada Selasa.

Ini pula tweet yang menunjukkan beberapa foto yang dirakam Reuters yang mungkin boleh memberikan sisi pandangan lain rambut Trump.
Begitupun, menerusi satu artikel yang diterbitkan Rolling Stone pada Mei 2011 Trump menegaskan rambutnya adalah semula jadi, malah beliau mengamalkan regim penjagaan rambut yang khusus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here