Sistem 'iris' Galaxy S8 berjaya digodam [VIDEO]

0
69



SAMSUNG Electronics sedang menyiasat dakwaan kumpulan penggodam Jerman berjaya memperdayakan sistem pengenalan diri ‘iris’ yang dipasang dalam telefon bimbit terbarunya, Galaxy S8.

Galaxy S8 amat penting kepada Samsung untuk kembali muncul sebagai peneraju telefon bimbit dunia selepas kegagalan memalukan Note 7 yang menjejaskan reputasi syarikat itu.

Chaos Computer Club (CCC), kumpulan penggodam Jerman yang ditubuhkan pada 1981, menyiarkan video menunjukkan sistem pengenalan diri Galaxy S8 boleh dibuka menggunakan cetakan gambar mata pemilik yang diletak kanta sesentuh, meniru mata sebenar.

“Gambar resolusi tinggi di internet sudah mencukupi bagi memperdaya iris. Malah kami menggunakan pencetak laser Samsung untuk mencetak gambar itu,” kata jurucakap CCC, Dirk Engling.

Sebelum ini, CCC menunjukkan cara memperdaya pengesan cap jari Apple’s TouchID – menggunakan serbuk grafit, mesin pemotong laser dan gam kayu, beberapa minggu selepas iPhone 5s dipasarkan.

Menurut Engling, sistem kod nombor PIN paling selamat berbanding anggota badan sebagai pengenalan diri.

Jurucakap Samsung berkata, pihaknya menyedari dakwaan itu dan sedang menyiasat.

Menurut kenyataan Samsung, teknologi iris dibangunkan dengan ujian ketat.

“Jika ada isu yang mencabar usaha kami memastikan keselamatan, kami akan bertindak balas dengan pantas bagi menyelesaikannya,” kata kenyataan itu.

Samsung berharap Galaxy S8 kembali mampu mencabar iPhone selepas tragedi Note 7 yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Namun, sejak mula dipasarkan April lalu, S8 mendapat permintaan menggalakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here