Siti Nurhaliza akhirnya kongsi wajah anak

0
754
Advertisement

SEPERTI dijanjikan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya melalui klip video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, sebelum ini menyatakan akan berkongsi gambar anak mereka yang diberi nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra selepas bayi itu berusia seminggu.

Berikutan itu, katanya, Datuk K akan turut mengumumkan nama sebenar anak mereka pada malam ini melalui akaun YouTube Siti Official Video.

Satu majlis kesyukuran untuk puteri kesayangan mereka juga turut diadakan. 

“Pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun YouTube Siti Official Video bermula jam 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini,” kata Siti dalam entri terbaharunya di Instagram. 

Justeru, pasangan suami isteri ini melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua,” ujarnya.

Siti melahirkan puteri sulungnya pada 19 Mac lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here