Siti Nurhaliza beri bayangan timang bayi perempuan?

0
17

BUAT pertama kalinya penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu Cindai itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya ‘sangat sopan’ ketika imbasan dilakukan.

Bagaimanapun, Siti kemudian menarik semula video tersebut selepas beberapa jam.

Berdasarkan video itu, kedengaran suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti sangat pemalu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.

Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai ‘princess’ (puteri).

“Hey, princess nowadays not very shy lah,” kata doktor itu.

Kenyataan doktor tersebut yang menyebut ‘princess’ mendapat perhatian para peminat dan meramalkan Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata perempuan.

Setakat ini, penyanyi lagu Balqis itu tidak pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here