Siti Nurhaliza hamil? Jangan spekulasi, kata Datuk K

0
46

KUALA LUMPUR: Khabar angin tentang kehamilan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza kembali diperkatakan di media sosial.

Menurut laporan portal Kosmo! Siti Nurhaliza dispekulasikan hamil sekali lagi setelah mengalami keguguran dua tahun lalu.

Ia dikhabarkan bahawa satu sampel darah Siti Nurhaliza telah dihantar ke sebuah makmal patalogi di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

Menerusi satu kenyataan kepada Kosmo!, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa meminta spekulasi berhubung isu ini dihentikan. 

“Selama 11 tahun bernikah, kami memang mahukan cahaya mata dan tidak pernah putus berikhtiar.

“Jadi lebih baik kita sama-sama mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan,” kata Datuk K.

Siti Nurhaliza bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here