Siti Nurhaliza kongsi gambar bersama puteri sulung

0
25
Advertisement

KELAHIRAN puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diberi nama timangan sementara, Fatimah Az-Zahra ternyata dinantikan ramai.

Siti Nurhaliza berkongsi gambar bersama cahaya matanya di laman sosial Instagramnya buat pertama kali selepas selamat melahirkannya pada Isnin tanggal 1 Rejab.

BACA: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

BACA: Fatimah Az-Zahra, panggilan sementara anak Siti Nurhaliza

Dalam posting berkenaan, Siti Nurhaliza mewakili suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan puteri kesayangan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan mereka.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan artis juga, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik. Pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

“Buat masa ini, saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” katanya menerusi posting tersebut.

Terdahulu, gambar anak perempuan penyanyi Comel Pipi Merah tersebar apabila jurusolek sambilan Siti Nurhaliza didakwa memuat naik gambar tersebut di laman Facebook.

Kata Wan Noor Akmal Wan Yusof, dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan banyak pihak.

BACA: Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here