Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

0
80
Advertisement

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.

Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.

“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.”

Jelas Rozi, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.

Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.

Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka lancar dan selamat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sedari awal kehamilan.

Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006.

Siti Nurhaliza secara terbuka berkongsi perjalanan untuk mendapatkan zuriat, termasuk pernah keguguran sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here