Siti Nurhaliza teruja berat susut 17.8kg selepas bersalin

0
75
Advertisement

DATUK Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi rasa gembira apabila berat badannya susut sebanyak 17.8 kilogram selepas 36 hari melahirkan anak perempuannya, Siti Aafiyah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti meluahkan rasa teruja dan ingin mengurangkan lebih lagi berat badannya selepas ini.

“Hari ini Aafiyah dan ibu checkup sekali. Apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis.

“Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu berjaya turun berat badan sekarang sebanyak 17.8 kilogram. Banyak lagi kena turun ni!,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya kagum dengan kesungguhan Siti untuk menurunkan berat badan selepas bersalin dan memuji wajahnya yang kini kelihatan semakin cantik.

Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here