Siti Nurharliza lancar tabung kebajikan untuk peminat

0
65
Advertisement
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan Tabung Kebajikan Sitizoner buat ahli kelab peminat tersebut yang kurang bernasib baik.

Tabung kebajikan tersebut yang dilancarkan pada Ahad, diwujudkan untuk membantu Sitizoner yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Siti, 39 tahun, berkata, tabung tersebut sudah lama ditubuhkan cuma beliau memilih untuk melancarkannya pada majlis ulangtahun ke-14 Sitizoner tahun ini.

“Sebelum ini, saya hanya war-warkan mengenai kutipan dan sumbangan menerusi Facebook rasmi Sitizoner dan saya bersyukur hari ini impian untuk membantu ahli keluarga Sitizoner tercapai.

“Impian untuk mewujudkan tabung ini sudah lama dan selain saya, ia juga merupakan inisiatif bersama pengurus, Rozi Abdul Razak.

“InshaAllah, tabung ini akan diteruskan dalam majlis ulang tahun kami setiap tahun,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti ketika memotong kek ulang tahun ke-14 Sitizoner dan kek kelahirannya ke-39 bersama peminat. – Astro Gempak

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ulang tahun kelab peminatnya, Sitizone, yang ke-14, yang diadakan sekali dengan sambutan hari lahir beliau, Metro Mall, Pudu pada Ahad.

Pada majlis tersebut empat orang ahli Sitizoner yang telah menerima sumbangan ialah  Irham Hafidz, Shaihanim Shariff, Zarina Omar dan waris kepada peminatnya di Indonesia yang baru meninggal dunia, Darjadi Duprayitno Dapat.

Tambah Siti, wang sumbangan adalah daripada kutipan yuran penyertaan ahli ke majlis ulang tahun semalam termasuk yang diberikan secara peribadi.

Dalam majlis yang dihadiri hampir 500 ahli Sitizoner itu, Siti secara eksklusif mendendangkan lagu terbarunya, Comel Pipi Merah, yang dicipta khas untuk bakal puteri sulungnya, yang dijangka lahir pada Mac depan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here