Siti sahkan bakal timang bayi perempuan

0
56
Advertisement

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Hal itu disahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Sebelum ini, Siti yang mengumumkan kehamilannya Oktober lalu, memilih untuk merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya.

Namun, bersempena hari ulang tahun ke 39 hari ini, Siti akhirnya merungkaikan teka-teki para peminatnya.

“Doakan puteri yang bakal dilahirkan ini sihat, sempurna dan menjadi anak yang solehah,” kata Siti.

Bayi itu akan menjadi zuriat perempuan pertama bagi Khalid, yang mempunyai empat anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.

Siti juga sempat mengirimkan ucapan penghargaan atas ucapan selamat dan tahniah yang diterima sempena harijadinya.

“Terima kasih atas doa dan ucapan semua. Tentunya kehadiran bayi ini akan menjadi hadiah paling berharga untuk saya dan keluarga,” tambahnya.

Siti dan suaminya diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here