Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah

0
22

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, mencuri perhatian netizen apabila  berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, kapsyen yang ditulis oleh Siti Sarah telah membuatkan ramai pengikutnya berasa sebak dan terharu. 

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.
 
“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??. 

“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.

“Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.

“You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami.

“Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang membaca entri tersebut mengakui sebak dan mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

@meyabellaperfume: “Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah agains kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki.

@iamroseahmad: “Yang kawen grand-grand tu pun last-last cerai tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu.

@awesome_stuff95: “Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia.”

Entri tersebut mendapat hampir 52,600 likes dan 815 komen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here