Siti Sarah tolak 50 lagu sebelum rakam single ciptaan suami

0
123
Advertisement

PENYANYI Siti Sarah Raissuddin menolak hampir 50 buah lagu sebelum merakamkan single terbaharunya yang berjudul Semakin.

Diciptakan sepenuhnya oleh suaminya, Shuib Sepahtu, Sarah mengakui dirinya cerewet dalam memilih single ‘comeback’.

“Saya akui masa sudah begitu suntuk kerana Gegar Vaganza 3 yang saya sertai dahulu pun sudah lebih dua tahun berlalu.

“Namun begitu, saya memang seorang yang cerewet. Saya memilih karya yang benar-benar kena dengan jiwa saya. Sudah hampir 50 lagu yang saya terima tidak menepati citarasa saya.

“Akhirnya, lagu ciptaan suami sendiri yang menjadi pilihan saya. Rupanya tak perlu mencari jauh-jauh. Tetapi, proses penghasilan lagu Semakin juga mengambil masa lima bulan untuk disiapkan,” kata Sarah kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Sarah turut menunda mini showcase yang bakal berlangsung pada 4 Mei 2018.

“Sepatutnya showcase tersebut berlangsung pada tarikh terbabit, tetapi ia ditunda kerana terlalu dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

“Insya-Allah, showcase tersebut bakal ditunda pada 6 Julai nanti dan akan diadakan di Matic Kuala Lumpur. Saya bakal mempersembahkan rangkaian 12 sehingga 15 lagu dalam masa lebih satu jam dan menggunakan khidmat Faizal Uzir selaku pengarah muzik” katanya lagi.

Tiket berharga RM98 dan RM138 (VIP) sudah boleh ditempah menerusi talian 018-3564291.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here