Skandal cabul gimnas, ahli USAG sedia berundur

0
53
Advertisement
KESEMUA ahli Lembaga Gimnastik AS (USAG) memaklumkan akan mematuhi kata dua Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat  (USOC) untuk meletakkan jawatan susulan skandal seks.

USOC sebelum ini menggesa 18 anggota USAG melepaskan jawatan mereka pada 31 Januari ini atau kehilangan status sebagai badan pentadbir sukan negara itu.

Langkah USOC yang digariskan mesti dilaksanakan selepas bekas doktor USAG, Larry Nassar dihukum 40 hingga 175 tahun kerana mencabul atlet muda.

BACA: Cabul lebih 150 atlet, bekas doktor dijatuhi hukuman penjara 175 tahun

Lima pengarah lembaga USAG telah meletak jawatan susulan kes tersebut.

Selain itu, dua pegawai Michigan State University (MSU) juga meletakkan jawatannya selepas universiti itu terbabit dalam skandal berkenaan.

Pengarah sukan MSU, Mark Hollis meletak jawatan pada Jumaat susulan laporan yang mendakwa universiti berkenaan mengetahu mengenai gangguan seksual tersebut namun gagal mengambil tindakan.

“Remuk hati saya memikirkan kesakitan yang dilalui mereka dan keluarga mereka semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah sukan Michigan, Mark Hollis meletak jawatan pada Jumaat

Nassar, 54, bertugas di MSU antara 1997 dan 2016 dan berkhidmat sebagai penyelaras perubatan nasional untuk USAG dari 1996 hingga 2014.

Hampir 160 wanita menuduh dia melakukan penderaan seksual.

Larry Nasar, 54, bekas doktor dihukum penjara 175 tahun atas kesalahan mencabul atlet gimnastik USA. - Foto: AP

USAG mengakui turut bersubahat apabila mengetahui dakwaan gangguan seksual Nassar pada 2015 dan memberi amaran kepada pihak berkuasa untuk tidak mengambil tindakan

Banyak aduan gangguan yang dilaporkan atlet-atlet tersebut terhadap doktor itu  antara 1997 dan 2014 namun tidak dipedulikan MSU.

Ketua Pegawai Eksekutif USOC, Scott Blackmun dalam suratnya memaklumkan, lembaga pengarah USAG mempunyai enam hari untuk mengundurkan diri dan sehingga 28 Februari untuk menggantikan mereka dengan panel sementara.

Mangsa-mangsa cabul Nasar menangis mengenang tragedi hitam yang berlaku terhadap mereka sejak sekian lama. - Foto: AP

Kaylee Lorincz antara atlet yang menjadi mangsa cabul Nasar hadir memberi keterangan di mahkamah. -Foto: AP

Aly Raisman, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012, memberi keterangan selama 13 minit di hadapan Hakim Rosemarie Aquilina dan Larry Nassar sendiri. - Foto: AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here