S'kat China bina loji rawatan kumbahan mesra alam RM983j

0
62



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa terima kasihnya terhadap kontraktor berpangkalan di China yang membina loji kumbahan air mesra alam di Kuala Lumpur.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Beijing Enterprise Water Group Ltd kerana menyiapkan projek ini tepat pada masanya.

“Saya difahamkan mereka bersama-sama rakan kongsi tempatan sentiasa fokus pada projek bersama-sama,” katanya semasa merasmikan pembukaan loji rawatan kumbahan Pantai 2 (Pantai2 STD) di ibu negara petang ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas peranan mereka dalam projek itu.

Projek RM983 juga itu dibina oleh BEWG(M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat Beijing Enterprise Water Group Ltd, bermula pada tahun 2011.

Syarikat itu dikehendaki membina Pantai2 STD, pusat rawatan air bawah tanah jenis itu yang pertama dan terbesar di Asia Pasifik, dalam tempoh 72 bulan.

Menurut New Straits Times, Beijing Enterprise Water Group Ltd, syarikat yang tersenarai di bursa Hong Kong itu, adalah anak syarikat kepada Beijing Enterprise Holdings Ltd (BEHL).

Khazanah Nasional Bhd melabur RM486 juta untuk mendapatkan 4.95 pegangan dalam Beijing Enterprise Water Group, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat itu.

Meliputi 17 hektar, Pantai2 STP mampu memberi manfaat untuk populasi berjumlah 1.42 juta orang dalam kawasan tadahannya sehingga 2035.

Selain Pantai2 STP, Beijing Enterprise Water Group Ltd pada Jun 2016 mengumumkan berjaya mendapat projek rawatan air bernilai RM499 juta di Kemaman.

Dalam ucapannya hari ni, Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM2.37 untuk operasi kumbahan air negara.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih memberi subsidi sehingga 90 peratus yang disifatkannya sebagai “subsidi tersembunyi” yang tidak diketahui ramai.

“Jika kami tinggal di rumah teres, kamu hanya bayar RM8 sebulan dan kamu hanya bayar RM2 kalau tinggal di PPR (Projek Perumahan Rakyat),” katanya.

Katanya, kerajaan akan membina 77 pusat rawatan kumbahan yang keseluruhannya bernilai RM52 bilion pada 2040, dengan 46 daripadanya sudah siap dibina.

[Baca berita asal]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here