Skuad Penyu raya sehari

0
434
Advertisement



HANYA sehari saja cuti sempena Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada pemain Terengganu FC (TFC) sebelum mereka kembali semula ke padang latihan pada hari raya kedua sebagai persiapan bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta`zim (JDT) pada 20 Jun ini.

Hal ini dinyatakan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim yang mahu pemainnya melihat perkara itu dalam sudut yang positif walaupun terpaksa mengorbankan cuti hari raya itu bersama sanak-saudara.

“Saya dah beritahu kepada pemain selepas hari raya kita hanya berehat pada hari RAYA pertama sebagai persiapan bertemu dengan JDT kerana pada 19 Jun kita akan bertolak ke sana (Johor).

“Saya harap pengorbanan yang tinggi daripada semua pemain yang terpaksa mengorbankan cuti sempena hari raya akan mendapat keputusan yang baik nanti bertemu skuad JDT di laman mereka,” kata Irfan Bakti.

Bagaimanapun jurulatih berpengalaman itu berkata, sebelum sambutan hari raya, pemainnya diberikan cuti selama tiga hari iaitu bermula 12 Jun bagi membolehkan anak buahnya itu yang sebahagian besarnya berasal dari luar Terengganu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pendatang baharu Liga Super itu kini menghuni tangga kelima liga dengan mengumpul 24 mata hasil daripada 15 perlawanan tidak boleh keciciran mata lagi jika mahu mencabar kedudukan tiga tempat teratas liga.

Mengulas mengenai persembahan semasa pasukannya, jurulatih yang pernah berkelana ke Indonesia membimbing kelab Persipura Jayapura mengakui aksi yang dipamerkan pemainnya kian meningkat sebagaimana yang dibuktikan ketika membenam skuad PKNP 2-1 pada Sabtu lalu.

“Namun begitu kita perlu memperkemaskan lagi semua posisi bermula daripada penjaga gol hinggalah jentera serangan sebelum bertemu JDT nanti, juga pemain perlu ingat faktor kecergasan dan pemakanan harus diambil berat,” kata jurulatih berusia 67 tahun itu yang membawa TFC beraksi semula dalam kancah Liga Super musim ini selepas muncul naib juara Liga Perdana musim lalu.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here