Skuad wanita benam Nepal

0
62



Kota Kinabalu: Selepas seri aksi pertama, skuad bola sepak wanita negara menewaskan Nepal 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.

Selain seri 1-1 pada aksi persahabatan pertama di Stadium Likas, anak buah Mohd Asyraaf Fong Abdullah itu sebelum ini tewas 0-1 pada perlawanan di tempat lawan, Disember lalu.

Dalam aksi Isnin lalu itu, gol Malaysia dijaringkan Shereilynn Elly Pius (dua), Nur Athira Mamat dan Puteri Noralisa Wilkilson manakala Nepal memperoleh jaringan sagu hati menerusi ketua pasukan Sajana Rana.

Asyraaf berkata, beliau gembira dengan kemenangan itu apatah lagi anak buahnya jarang keluar sebagai pemenang.

“Kemenangan ini memberi motivasi kepada kami kerana mengalahkan Nepal yang pernah muncul naib juara Kejohanan SAFF (Persekutuan Bolasepak Asia Selatan), baru-baru ini.

“Walaupun kemenangan ini pencapaian baik, masih banyak ruang yang perlu dipertingkatkan serta diperbaiki dalam menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here