Skuad wanita menang akhirnya

0
59



Kuala Lumpur: Selepas tewas empat perlawanan berturut-turut dalam siri kedua Jelajah Eropah di Amsterdam, skuad hoki wanita negara akhirnya melakar kemenangan pertama ketika bertemu kelab utama divisyen satu, HGC 2-0 awal pagi semalam.

Bagi ketua jurulatih skuad negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, kemenangan itu nyata amat dimahukannya kerana beliau percaya pemainnya mampu mempamer aksi lebih baik.

“Kalah dalam empat perlawanan persahabatan sebelum ini bukan kerana pemain saya tak bermain dengan baik.

“Tapi ketiga-tiga pasukan lawan iaitu skuad bawah 21 tahun serta tiga kelab MOP, HIC dan Voordan adalah tiga kali ganda lebih baik berbanding kita.

“Pada perlawanan bertemu HGC, kualiti permainan pemain kita nyata sangat bagus,” katanya.

Penyerang negara Hanis Nadiah Onn menjaringkan kedua-dua gol itu iaitu menerusi jaringan padang minit ke-20 dan minit ke-35.

Skuad negara mempunyai baki tiga lagi perlawanan selepas ini sebelum kembali ke tanah air, Sabtu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here