SME Bank ikrar kenaikan gaji sehingga 12 peratus

0
72
Advertisement

KUALA LUMPUR: SME Bank bakal menyediakan kenaikan gaji antara di antara 5 dan 12 peratus kepada pekerja bukan eksekutif berdasarkan perjanjian kolektif (CA) tahun 2016-2019.

Usaha itu dicapai melalui perjanjian kumulatif bersama Kesatuan Sekerja Komersial Kebangsaan (NUCW) yang ditandatangani hari ini di ibu negara.

Selain itu pekerja dan ahli keluarga turut layak menikmati 38 peratus kenaikan peruntukan bagi rawatan pesakit luar dan kenaikan 20 peratus bagi peruntukan kemasukan hospital di bawah perjanjian itu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Pengurusan Korporat Kumpulan dan Operasi SME Bank Datuk Razman Mohd Noor, kenaikan gaji itu selari dengan inisiatif kerajaan dalam memberi penekanan terhadap kebajikan dan menambah baik kualiti hidup pekerja secara holistik.

“Melalui perjanjian itu, pekerja bukan eksekutif SME Bank akan menikmati kenaikan gaji pokok dari RM900 menjadi RM1,200 sebulan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, SME Bank turut berjaya melahirkan 186 ahli perbankan pembangunan pakar sejak pengenalan Program Latihan Graduan (GTP) diperkenalkan pada 2007.

Razman berkata usaha melahirkan ahli perbankan pakar penting memandangkan 98.5 peratus syarikat berdaftar di Malaysia merupakan perusahaan kecil dan sederhana yang memerlukan tunjuk ajar serta khidmat nasihat pegawai bank bertauliah.

Tambahnya, sejumlah 28 pelatih GTP dari kumpulan ke enam berjaya menyempurnakan program dan kini berkhidmat untuk cawangan SME Bank di seluruh Malaysia.

“GTP merupakan salah satu program dalam membangunkan modal insan untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara dan ia selari dengan inisiatif kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Selain itu, SME Bank pada majlis sama turut menyerahkan zakat berjumlah RM50,000 untuk diserahkan kepada 200 pelajar asnaf di Jerlun, Kedah.

Zakat itu disampaikan Razman kepada Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here