Snapchat bayar Kylie Jenner dedah gambar anak?

0
100
Advertisement

SEBELUM ini kecoh di media sosial apabila personaliti popular Kylie Jenner mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan aplikasi Snapchat.

Susulan pengumuman di Twitter pada 22 Februari itu, Snapchat dikatakan menanggung kerugian $1.3 bilion.

Namun baru-baru ini adik kepada Kim Kardashian ini memuat naik gambar muka anaknya, Stormi Webster di aplikasi itu.

Disebabkan gambar terbaharu itu, ramai yang mendakwa pihak Snapchat telah membayar Kylie untuk berbuat demikian.

Menerusi laporan Irish Mirror yang memetik laporan gosip blogger terkenal, Perez Hilton, Kylie mungkin dibayar oleh syarikat gergasi tersebut untuk mendedahkan wajah bayi perempuannya itu.

Namun pihak Snapchat menafikan dakwaan tersebut kepada Mirror Online.

Beberapa bulan lalu, Kylie dan keluarganya telah berdiam diri sepanjang kehamilannya dan memilih untuk tidak mendedahkan berita berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here