Socceroos belum panas

0
13
Advertisement



BUDAPEST: Banyak yang perlu dilakukan jurulatih Australia Bert van Marwijk selepas melihat pasukannya berhempas pulas sebelum menewaskan Hungary 2-1 pada aksi pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia awal pagi ini.

Skuad Socceroos dilihat kurang bermaya pada separuh masa pertama dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol Mathew Ryan yang mempertahankan gawang daripada ancaman pasukan tuan rumah.

“Separuh masa pertama begitu teruk, kami melakukan banyak kesilapan. Kami terlalu banyak membawa bola, kurang sabar dan mengalami masalah teknikal,” kata Van Marwijk.

“OK, kami tidak bolos dan bekerja keras sejak beberapa minggu menyebabkan pemain keletihan.

“Separuh masa kedua jauh lebih baik dan kami mengawal permainan. Apabila berada pada kedudukan 1-1 pasukan mahukan kemenangan.

“Secara moralnya bagus kerana kami menang tetapi saya sudah memberitahu pemain, saya tidak berpuas hati.”

Australia, yang tampil kali kelima di Piala Dunia, meningkatkan kualiti permainan pada separuh kedua dan mendahului saingan apabila mendapat peluang keemasan.

Rembatan Daniel Arzani pada minit ke-74 mengejutkan penjaga gol Denez Dibusz yang terjatuh ketika bola menerjah gawang.

Bagaimanapun pertahanan Australia Trent Sainsbury tertanduk bola ke gawang sendiri susulan salah faham dengan penjaga gol gantian Brad Jones ketika perlawanan berbaki dua minit.

Pasukan pelawat juga melakukan kesilapan apabila Tamas Kadar tertolak bola ke gawang sendiri pada minit ke-92 untuk memberikan Australia kemenangan kedua menjelang kunjungan mereka ke Russia.

Skuad Marwijk membelasah Republik Czech 4-0 di Australia lapan hari lalu.

Australia memulakan kempen Kumpulan C dengan menentang Perancis pada 16 Jun di Kazan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here