Sold out! Ini peluang terakhir menonton Ola Bola The Musical

0
59
Advertisement

KUALA LUMPUR: Susulan jualan tiket yang memberansangkan sepanjang musim dan permintaan dari peminat, teater Ola Bola The Musical ditambah lagi masa persembahan.

Pengasas Enfiniti dan Pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina melahirkan rasa gembira beliau dengan sambutan yang begitu luar biasa dan mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan ramai.

Tiara yang ditemui pasa Sabtu berkata, untuk hari ini  (Ahad) iaitu hari terakhir, terdapat persembahan pada jam 2.30 petang dan tambahan jam 8 malam dengan harga istimewa RM150 sahaja.

Pelakon yang membintangi ‘Ola Bola The Musical’ termasuk Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.

‘Ola Bola The Musical’ yang dipersembahkan oleh CIMB itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 11 Mac, 2018.

Astro merupakan rakan media rasmi untuk ‘Ola Bola The Musical’.

BACA: ‘Asyik jadi pemain simpanan, tak terfikir sarung jersi 10 negara’ – Luqman Hafidz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here