Soniia ceduk 'skil' Sindhu

0
281
Advertisement



PERJUANGAN pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah pada saingan Terbuka Thailand berakhir selepas terkandas di suku akhir, hari ini.

 Pemain berusia 25 tahun itu yang mara ke suku akhir buat kali pertama kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain nombor tiga dunia dari India, P V Sindhu 17-21, 13-21 sekali gus memusnahkan impiannya untuk melangkah ke separuh akhir.

 Bagi Soniia yang menghuni ranking ke-35 dunia, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya dalam usaha meningkatkan prestasinya apabila berpeluang bertemu dengan pemain utama dunia seperti Sindhu.

 “Ini adalah perlawanan pertama saya menentang Sindhu. Ia pengalaman yang berharga untuk saya, dia mempunyai kepantasan yang baik dan saya boleh belajar sesuatu daripada perkara itu.

 “Apa pun, saya sudah melakukan yang terbaik. Saya akan pulang dan kembali menjalani latihan untuk memperbaiki kelemahan saya bagi menghadapi kejohanan seterusnya,” kata Soniia ketika dihubungi.

 Kemenangan Sindhu akan membawanya berdepan pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung bagi perebutan tempat ke final, esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here