Soon Huat-Shevon benam jagoan

0
387
Advertisement



BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam aksi final, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Tertutup Singapura, Soon Huat-Shevon yang tampil sebagai pilihan kedua kejohanan, nyata tidak gentar dengan reputasi dimiliki lawan mereka apabila tenang untuk melakar kemenangan 21-19, 21-18 dalam tempoh 36 minit.

Ia gelaran kedua buat Soon Huat-Shevon selepas menjuarai Terbuka Jerman, Mac lalu.

Kejayaan kali ini pastinya menyuntik semangat buat pasangan nombor lapan dunia itu yang akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 2:24 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here