Spekulasi Proton lantik CEO dari China tidak benar – sumber dalaman

0
131

KUALA LUMPUR: Spekulasi Proton akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari China adalah tidak benar.

Menurut sumber dalaman Proton ketika dihubungi Astro AWANI, mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Malah, tambahnya, rakan strategik Proton, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) juga tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Menurut laporan portal tempatan, Li Chunrong yang merupakan bekas timbalan pengurus besar Donfeng Honda Engine yang baru menyertai Geely 22 Ogos lalu akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here