Spieth idam ikut jejak Harrington

0
91
Advertisement



CARNOUSTIE, Scotland: Jordan Spieth berasakan dia sudah kembali dan boleh muncul pemain pertama sejak bintang Ireland, Padraig Harrington pada 2007-08 menang dua kejuaraan Terbuka British berturut-turut.

Pemain berusia 24 tahun itu akan beraksi bersama rakan senegaranya dari Amerika Syarikat yang memberi amaran akan mendominasi masa depan sukan itu selain menyaksikan kembalinya Tiger Woods.

Woods mendominasi sukan itu sejak sekian lama hingga masalah peribadi dan fizikal menghalangnya namun kembali ke Terbuka British buat kali pertama sejak dia gagal melepasi had kelayakan pada 2015.

Spieth tidak menang sejak kejayaan di Terbuka British Julai tahun lalu tetapi dia percaya permainannya sudah kembali bagus untuk melalui lapangan sukar dekat Carnoustie apabila saingan bermula esok dan dia mengambil sedikit masa untuk berehat.

“Saya rasa agak malas untuk kembali selepas beberapa minggu tidak begitu bekerja keras dan ia sesuatu yang bagus untuk kembali bermula dari bawah,” kata Spieth pada sidang akhbar semalam.

“Saya rasa saya berada di posisi yang bagus dalam setiap permainan saya. Saya melakukan yang terbaik di tempat yang saya perlu lakukan dengan bagus.

“Ditambah pula dengan kejuaraan Terbuka British, cara saya perlu bermain, saya rasa ia tempat terbaik untuk saya memulakannya.”

Rakannya seperti pemenang Kejuaraan PGA, Justin Thomas, juara Masters AS, Patrick Reed dan Brooks Koepka, yang mempertahankan gelaran Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, juga mencabar kejuaraan di Carnoustie kali ini.

Kembalinya Woods, yang banyak memberi inspirasi buat pemain AS berusia 20-an untuk menyertai sukan itu akan lebih menarik untuk dilihat sama ada udara laut di sekitar lapangan berupaya membangkitkan kehebatannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here