SPRM ucap tahniah kepada UMNO dan minta jauhi rasuah

0
233
Advertisement



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap pemimpin UMNO memberi penekanan aspek memerangi rasuah dan salah guna kuasa supaya menjadi contoh kepada generasi yang bakal memimpin negara.

Sambil mengucapkan tahniah, kepada UMNO yang menyambut ulang tahun ke-71 hari ini, parti itu adalah tunjang kepada pemerintahan negara dalam merangka dasar pentadbiran.

“Sebagai sebuah parti politik yang menjadi teras dan tunjang kepada pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak, pemimpin-pemimpinnya berperanan penting dalam merangka dasar pentadbiran negara bagi pembangunan dan kemajuan negara,” kata SPRM dalam kenyataan, hari ini.

Menurut SPRM, ahli UMNO juga menjadi harapan masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan bagi memelihara kesejahteraan.

“SPRM berharap pemimpin-pemimpin ini akan mengambil serius tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan melaksanakannya sebaik mungkin supaya masyarakat dapat menikmati manfaat yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka,” tambah SPRM.

Justeru, pemimpin perlu memastikan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dilaksanakan dengan penuh berintegriti serta menjauhkan diri daripada rasuah dan salahguna kuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here