Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung

0
71
Advertisement

Ikon Bollywood Sridevi Kapoor disahkan meninggal dunia pada usia 54 tahun pada Sabtu.

Perkara itu disahkan abang iparnya, Sanjay Kapoor.

Aktres dengan nama sebenar Shree Amma Yanger Ayyapan itu dilaporkan mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Emiriah Arab Bersatu.

Sridevi memulakan karier gemilangnya ketika berumur empat tahun dengan memegang peranan dalam filem Tamil, Thunaivan.

Dia kemudian mengembangkan kariernya dan membintangi lebih dari 100 buah filem yang turut dihasilkan dalam pelbagai dialek.

Dalam tempoh enam dekad penglibatannya, Sridevi menerima pelbagai anugerah.

Antara filem yang melonjakkan namanya adalah “Mr India” pada tahun 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here